Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dari Jeti Nelayan, Jalan Pantai Bersih di Bagan Ajam di sini ditemui pada Khamis.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan seorang lelaki telah terjatuh ke dalam laut kira-kira pukul 12.56 tengah hari Khamis dan jentera pertama tiba di lokasi sembilan minit kemudian.
"Berdasarkan keterangan beberapa nelayan yang berada di situ, lelaki yang tidak dikenali itu berjalan sendirian di kawasan jeti berkenaan sebelum tiba-tiba terjatuh.
"Mereka (nelayan) di situ cuba membantu bagaimanapun gagal selepas mangsa dibawa arus deras dan ombak laut," katanya di sini pada Khamis.
Kata beliau pihaknya dengan bantuan nelayan dan polis menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa termasuk di kawasan sepanjang pesisir pantai di situ.
Menurut PGO, mayat lelaki yang dikenali sebagai Ooi Khoon Seng, 56, itu berjaya ditemui pukul 2.41 petang, kira-kira satu batu nautika daripada pantai.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
Sementara itu seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata lelaki berkenaan yang bekerja sendiri telah keluar dari rumah sejak pagi untuk berjumpa rakannya sebelum berjalan-jalan di kawasan jeti terbabit.
Katanya mangsa memang selalu berjalan-jalan sekitar kawasan laut kerana suka melihat pemandangan di situ dan mereka sekeluarga tidak menyangka dia akan lemas.
"Setahu saya mangsa boleh berenang dan mungkin semasa kejadian itu arus serta ombak kuat. Kami (keluarga) sangat terkejut dengan kejadian berkenaan," katanya.
Bernama
Thu Nov 26 2015
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. - Gambar fail
Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan
Difahamkan, dua individu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat.
MDEC perkenal skim insentif cukai buat syarikat Digital Malaysia
Insentif itu dilihat memenuhi komitmen kerajaan di bawah Bajet 2024 untuk memperkenalkan insentif cukai berasaskan hasil.
Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun
Menurut Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, lawatan rasmi itu atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
Malaysia negara ASEAN pertama bangunkan Akaun Satelit Sukan - Hannah
Ia antara lain bertujuan menyediakan statistik dan set data melibatkan industri sukan yang komprehensif, menyeluruh dan holistik.
Polis Sepanyol rampas jersi tiruan, nilai melebihi RM30 juta
Semua jersi tersebut dijual menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Borussia Dortmund dan Kejohanan Eropah di Jerman bulan depan.
WHO cemas jumlah kes denggi yang tinggi
Bilangan kes denggi di seluruh dunia dilaporkan meningkat sejak lima tahun lalu, dengan situasi yang amat membimbangkan di benua Amerika tahun ini, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Beberapa orang awam termasuk polis cedera diserang di Mannheim
Seorang lelaki cedera ditembak polis tempatan selepas mencederakan beberapa individu di dataran di bandar Mannheim barat daya Jerman, pada Jumaat.
Lebih 6,000 mangsa banjir diselamatkan di India
Taufan Emal yang melanda negeri Manipur, di timur laut India menyebabkan lebih 6,000 penduduk di sana terperangkap akibat banjir kilat.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Selepas sabitan bersalah, Trump adakan sidang media
Sehari selepas juri New York mensabitkan bekas Presiden Donald Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan, calon presiden Parti Republikan itu mengadakan sidang media di Menara Trump di Manhanttan.
Bekas Speaker Parlimen Iran Larijani lancar bidaan Presiden
Bekas Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengemukakan pencalonannya untuk pilihan raya Presiden yang ditetapkan bulan depan berikutan kematian Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter.
"Mama Yani" teruskan misi, fokus perkasa bomba di Perak
Menjadi seorang wanita bukan satu halangan untuk Mama Yani memimpin walaupun majoriti anggota bawahannya lelaki.
JBPM terima perolehan aset dan penambah baikan fasiliti RM291.4 juta - Reezal
Perolehan itu bagi memperkukuhkan agenda kementerian berkenaan dalam mengukuhkan perkhidmatan bomba dan penyelamatan negara.
JBPM Kelantan kenal pasti kawasan dijangka berlaku kebakaran pada musim kemarau
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan mengenal pasti beberapa kawasan seperti hutan dan tanah gambut yang akan berlakunya kebakaran apabila musim kemarau di negeri itu.
Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ketika memancing
Operasi mencari mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu, diteruskan bermula 9 pagi tadi oleh Pasukan Penyelamat di Air dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Misteri bau busuk terungkai, mayat warga emas ditemui di dalam rumah
Misteri bau kurang menyenangkan dari sebuah rumah di Taman Ipoh, di sini, terungkai apabila mayat seorang warga emas di temui di bahagian dapur rumah itu, hari ini.
Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kemunting kian merebak
Kebakaran tapak pelupusan sampah seluas 1.6 hektar di Kemunting, dekat Kubang Pasu semakin merebak.
Perkhidmatan monorel Stesen Maharajalela tergendala, gerabak penumpang terbakar
Seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian pada 7.27 pagi.
Kes bunuh diri naik mendadak, melonjak 20 peratus berbanding tahun lepas
Cubaan membunuh diri atau mangsa yang telah meninggal dunia mencatatkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun ini berbanding tahun lepas.
Banjir: Cuti bomba Kelantan dibekukan hingga tamat monsun
Anggota JBPM diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi situasi banjir susulan amaran hujan berterusan di Kelantan.
Kampung Bukit Buluh dilanda banjir kilat
Hujan lebat sejak jam 4 petang Rabu telah menyebabkan Kampung Bukit Buluh dekat sini dilanda banjir kilat.